Jumaat, 18 Januari 2019

Nasihat dari Rasulullah SAW

 
Hadith: 
 
Daripada Jarir bin Abdillah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku semasa Haji Wida’: “Minta orang ramai diam”, kemudian Baginda bersabda, “Janganlah kamu sekelian menjadi kafir selepas peninggalanku nanti dan janganlah kamu sekelian bermusuhan sesama kaum muslimin.”
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Sesuatu perkara kebaikan yang hendak diucapkan hendaklah disampaikan dengan cara yang bersungguh-sungguh supaya pendengar menumpukan sepenuhnya kepada ucapan tersebut.
  2. Islam menggalakkan umatnya supaya bercakap perkara-perkara yang memberi faedah kepada pendengarnya.
  3. Sebelum melakukan ucapan pastikan kumpulan sasaran menumpukan perhatian.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.