Rabu, 16 Januari 2019

Keutamaan Mendahulukan Sebelah Kanan dalam Setiap Perkara

 
Daripada ‘Aisyah RA, berkata: Nabi SAW menyukai melakukan sesuatu daripada sebelah kanan ketika mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam setiap amalan yang dilakukannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 168).

Matan hadith :
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ، فِي تَنَعُّلِهِ، وَتَرَجُّلِهِ، وَطُهُورِهِ، وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ.
]صحيح البخاري , كتاب الوضوء , باب التيمن في الوضوء والغسل , حديث رقم [168
 
Pengajaran Hadith :
 
  1. Rasulullah SAW memiliki keperibadian unggul yang menjadi contoh teladan dan pedoman kepada umat Baginda dalam setiap amalan sama ada yang melibatkan ibadah  mahupun amalan harian
  2. Keutamaan mendahulukan sebelah kanan dalam setiap perbuatan menjadi amalan yang sangat disukai oleh Nabi SAW terutama dalam amalan yang melibatkan ibadah seperti tertib wudhu’, mandi dan lain-lain. Ia juga disunatkan dalam perkara yang melibatkan kemuliaan dan keelokan seperti adab makan, minum, berpakaian, menaiki kenderaan, memakai sandal, menyisir rambut, bersuci, memasuki masjid dan lain-lain.
  3. Manakala dalam melakukan amalan yang berlawanan dengannya seperti yang melibatkan sesuatu yang tidak elok seperti memasuki tandas, keluar daripada masjid dan sebagainya, maka hendaklah mendahulukan sebelah kiri. Itulah petunjuk sunnah Nabi SAW yang mendahulukan sebelah kanan kerana yang kanan itu lebih mulia daripada yang kiri.
 
Sumber rujukan :
1-    Sahih al-Bukhari
2-    Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Lil Ibn Hajar al- Asqolani
3-   Kitab Riyaadus Solihin Lil an-Nawawi
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.