Honda EX5 Dan Honda Wave

1) Guest: Aku adalah seorang pengguna motor EX5 (1st model) sejak tahun 2001 sehingga sekarang. Walaupun aku sudah lama pakai motor ni, pengetahuan di dalam teknologi kenderaan berenjin masih cetek, senang citer tak tau langsung.Adakah sesuai jika saya menggunakan minyak 4T shell VSX untuk motosikal saya? Bagaimana pula kesannya terhadap enjin dalam jangka masa panjang. Apekah kadar kilometer untuk menukarnya minyak itam dan boleh tau cara manapenjagaan motor ni. camne pulok service honda wave ...?.TQ.
2) hakeem bro..tips penjagaan EX5 xde ker??
3) tehr said... aku tak biasa dengan yamaha ni dari dulu dengan honda je..tapi penjagaannya lebih kurang juga kan, bro?
_______________________________
Jawapan kami..
Terima kasih kerana bertanya... Honda EX5 dan Honda Wave merupakan motorsikal empat lejang.. Jadi penjagaan nya juga tidak lah rumit kerana motor empat lejang merupakan motor yang tahan lasak..Kos penyelenggaraan dan alat ganti juga murah.

_______________________________

Honda Wave... Menggunakan kerangka tiub keluli, brek disk hadapan dan set penutup plastik dalam pelbagai pilihan enjin - 100cc, 110cc dan 125cc. Dari segi kelasakan rasanya wave lagi baik kot. Kalau nak tahan lasak jalan hari-hari atau distance jauh , spare part senang, maintenance senang, minyak jimat ni lah pilihannya.makin panas enjin honda makin smooth, dari segi minyak memang menang kat honda wave jimat memang terasa beza.
_______________________________
Tip-tip Penjagaan Motor empat lejang
(Honda EX5, Honda Wave)
Setiap kali servis motor ni, 3 perkara yg wajib aku lakukan ialah tukar minyak hitam, ganti plug baru, refill air bateri sekiranya diperlukan.
_______________________________
1) Servis Motor

Sebenarnya penjagaan Motor Honda EX5 penyelenggaraannya murah.. cuma tukar minyak hitamnya aje... Minyak pelincir bagi Honda EX-5 anda perlu ditukar setiap 5,000 kilometer seperti dicadangkan pengeluar.Sekiranya anda jarang menggunakan motosikal dan ia belum mencapai 5,000 km dalam masa enam bulan, tukarlah minyak pelincir bagi mengelakkan minyak hitam tu tak likat (cair).Tapi ada yang kata 4 stroke macam EX5 nih kena kerap la tukar minyak hitam.. 1000km sekali atau sebulan sekali..
Bagi Motor Honda Wave pula penukaran minyak pelincir dari 5,000 km kepada 6,000 km.
_______________________________
2) Minyak Pelincir

3) Tukar Spark Plug

_______________________________
4) Servis Carburator


_______________________________
5) Tegang Rantai dan Sporket

Juga, pastikan set sprocket dan rantai EX5 anda tidak haus. Jika ianya haus, adalah perlu anda menukar baru. Bagi menjamin mutu dan keselamatan ketika pemanduan, pilihlah set sprocket yang berkualiti seperti RK-M atau SSS. Letakkan pelincir pada rantai kapcai anda. Pakai Standard je (Standard lebih bagus) Yang paling penting tukar sporket bila mata sporket dah tajam..Pastikan ketegangan rantai motor sesuai..Ketatkan rantai motor yang longgar..orang perlu tukar set rantai bile rantai dah rosak..rantai rosak tulah penyebab sporket tajam.. Pastikan sporket dan rantai selalu bubuh minyak agar melicinkan pergerakkan.. bagi yang pasang cover rantai bertutup penuh eloklah lumurkan dengan gris..
kalau moto standard dan ulang alik kerja, pakai sprocket saiz 14/36 atau 14/34 untuk standard moto ex5... Secara logik, "tak akan memberi kesan sepenuhnya kalau hanya berharap kepada penggunaan saiz spocket yang tertentu yang kononnya dapat bagi pickup ngan lajak .Kalau EX5 banyak yang nak kene godek bagi laju.. modal kena banyak.. cuba korang tukar rantai 1 set.. mesti korang rase lain mase ko bawak..
Motor untuk daily ride, 428 paling sesuai untuk orang bekerja..agak susah nak putus kalau 428.. 415 senang putus kalau rantai terlalu tegang atau tersangkut kat double stand..kalau tak jaga karang masa tengah pecut tetiba putus, orang kemana motor ke mana.... pakai 15/37 atau pakai depan 14 tu sesetengahnya penunggang EX5 main pacak-pacak.. kalau nak top speed 15/36..... Konon-konon untuk menampahkan kelajuan dan pick up...Dah lah tak payah motor standart pun dah kira laju dah tu...bagi aku kalau korang tukar sporket belakang kecik sangat nanti pikap pulak takde..lagi satu cepat ajer tayar haus dan botak.. .
_______________________________
6) Tekanan Angin Tayar

_______________________________
7) Sistem Brake
Berikan lebih tumpuan pada bahagian motosikal yang membabitkan keselamatan penunggang seperti brek, tayar dan pengendalian. Lakukan juga pemeriksaan menyeluruh terhadap jentera anda seperti tahap kehausan pelapik brek dan brake shoe. kadang-kala drum brake ni tak brape mencengkam..dah brapa kali aku hampir-hampir terlanggar kereta kat depan sebab emergancy brake tak brape mencengkam..
_______________________________
8) Cluth Plate
Ohhh ye terlupa checklah cluth plate .. kalau motor korang tak ade pickup minyak makan banyak kenalah pulas minyak lebih sikit dan enjin mengaum tu tandanya cluth plate dah haus ..Gantilah Clucth plate, pastu jek skit cluth spring ni..Selalunya EX5 ni kalau nak naik bukit tu yang jadi masalah macam berat nak naik.. mungkin Clucth plate dah nak habis atau autoclutch problem
_______________________________
9) Lampu Depan, Belakang dan Signal
Periksa semua peralatan elektrik seperti lampu depan, belakang dan signal supaya ianya berfungsi dengan baik.mentol klu terbakar tu tukar selalu sebab akan effect mentol yang lain klu dibiarkan lame.. Lampu brake mesti hidup jangan pulak tak hidup...
_______________________________
10) Bateri
- Tengok air bateri selalu dan pastikan ia berada ditahap mencukupi seperti ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya.
- Tukar bahagian yang rosak sebelum ia merebak dan menyebabkan kerosakan lebih teruk serta menjejaskan prestasi motosikal.
- Amalkan panaskan enjin sebelum gunakan motor.warming up.selepas gunakan motor untuk masa yang lama.
- Mesti ada cooling down.
- Cara penunggangan kelajuan yang disyorkan untuk penjimatan minyak ialah sekitar 60-80 km/h.mmg lambat tapi nak jimat inilah kelajuan yang disyorkan.
- Bila naik bukit jangan pulas throttle gila-gila walaupun kita sedar enjin motor tu tak larat.gunakanlah gear yang sesuai.
_______________________________
Sayangi motosikal anda dan cuba ambil masa untuk membersihkannya sendiri kerana ia membantu anda mengenal pasti kerosakan. Sentiasa pastikan setiap bahagian bergerak lancar dan dalam keadaan baik
..Sayangi Motor anda sebagaimana motor anda menyayangi anda..
7) Sistem Brake

_______________________________
8) Cluth Plate

_______________________________
9) Lampu Depan, Belakang dan Signal

_______________________________
10) Bateri

- Tukar bahagian yang rosak sebelum ia merebak dan menyebabkan kerosakan lebih teruk serta menjejaskan prestasi motosikal.
- Amalkan panaskan enjin sebelum gunakan motor.warming up.selepas gunakan motor untuk masa yang lama.
- Mesti ada cooling down.
- Cara penunggangan kelajuan yang disyorkan untuk penjimatan minyak ialah sekitar 60-80 km/h.mmg lambat tapi nak jimat inilah kelajuan yang disyorkan.
- Bila naik bukit jangan pulas throttle gila-gila walaupun kita sedar enjin motor tu tak larat.gunakanlah gear yang sesuai.
_______________________________


Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.