Daripada Aishah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Orang-orang yang boleh membaca al-Qur’an dengan lancar dan tajwid yang betul, mereka sama taraf dengan malaikat yang merupakan utusan Allah dan mereka sentiasa berbakti dan patuh kepadanya, sebaliknya bagi orang yang boleh membaca al-Qur’an tapi tidak lancar dan tajwidnya pula kurang baik akan memperolehi dua pahala”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
- Orang yang boleh membaca al-Qur’an dengan lancar dan tajwid yang betul sama taraf dengan para malaikat, dan juga akan duduk bersama malaikat di akhirat kelak.
- Orang yang boleh membaca al-Qur’an tapi tidak lancar dan tajwidnya kurang baik akan memperolehi dua kali ganda pahala, kerana membaca al-Qur’an serta usaha untuk melatih dan membetulkan lidahnya.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.