Rabu, 16 Januari 2019

Hikmah Solat

 
 
Daripada Jabir RA katanya, sabda Rasulullah SAW, bandingan sembahyang lima waktu adalah seperti air sungai yang mengalir, melimpah ruah pada pintu rumah seseorang yang dia mandi lima kali pada tiap-tiap hari.
 

(Riwayat Muslim)
 
Huraian Hadith :
 
  1. Setiap orang Islam diwajibkan mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam kerana sembahyang yang dilakukan itu adalah menjadi bukti seseorang itu patuh kepada perintah Allah SWT.
  2. Setiap amalan yang disuruh melakukannya akan dibalas dengan pembalasan yang berganda-ganda oleh Allah SWT.
  3. Sembahyang menghapuskan kekotoran maknawi iaitu dosa-dosa kecil, seperti air menghapuskan kekotoran zahir.
  4. Sembahyang adalah ibadat yang paling utama kerana ia adalah tiang agama.
 
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.