Jumaat, 18 Januari 2019

Amalan Yang Terbaik Dalam Islam

 
Daripada  Abdullah bin Amru  bin al-‘As RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”.
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Orang Islam hendaklah sentiasa memberi sedekah kepada orang yang memerlukan bantuan kerana ia adalah di antara amalan yang terpuji dalam Islam.
  2. Islam menyuruh umatnya supaya memberi salam kepada orang yang ditemui sama ada dikenali atau pun tidak dikenali.
  3. Digalakkan memberi jamuan dalam bentuk sedekah, hadiah, menghormati tetamu dan sebagainya dan juga memberi salam kepada orang yang dikenali atau tidak dikenali untuk menimbulkan rasa kasih sayang sesama muslim.
 
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.