Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dikatakan beriman dengan sempurna sehinggalah kamu berkasih sayang. Sukakah kamu jika aku tunjukkan sesuatu apabila kamu melakukannya nescaya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah ucapan salam di kalangan kamu.”
(Riwayat Muslim)
Huraian Hadith :
- Beriman kepada Allah SWT adalah syarat utama untuk masuk Syurga.
- Sifat berkasih sayang sesama manusia boleh menyempurnakan keimanan seseorang.
- Ucapan salam merupakan langkah pertama ke arah mewujudkan perasaan kasih sayang sesama umat Islam.
- Islam menggalakan umatnya supaya sentiasa mengamalkan ucapan salam bagi memperingatkan lagi hubungan silaturahim antara sesama umat Islam.
- Memberi salam adalah sunat manakala menjawab salam adalah wajib.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.