Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2956)
Matan hadith :
Matan hadith :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ.
[صحيح مسلم، كِتَابُ الزُّهْدِ وَالرَّقَائِقِ، بَابُ مَا بَيْنَ النَّفْخَتَيْنِ، حديث رقم 2956]
Pengajaran Hadith :
- Setiap mukmin seumpama di penjara di dunia daripada melakukan segala perkara yang disukai oleh hawa nafsu dan yang diharamkan lagi dibenci syarak.
- Menjadi kewajipan setiap mukmin untuk melakukan ketaatan walaupun dalam keadaan yang bertentangan dengan hawa nafsu, kerana apabila menemui kematian segala apa yang dijanjikan kerana ketaatannya akan dibalas oleh Allah SWT dengan kenikmatan yang berkekalan.
- Manakala orang kafir walaupun diberikan kenikmatan seumpama disyurga sewaktu di dunia, hakikat yang sebenarnya itu hanyalah kenikmatan yang sementara di atas setiap kebaikan yang dilakukan di dunia ini jika dibandingkan dengan kedahsyatan azab berkekalan yang diterima di atas kekufurannya.
Sumber :
1.Sahih Muslim
2.Kitab Syarh Sahih Muslim oleh Imam an-Nawawi.
2.Kitab Syarh Sahih Muslim oleh Imam an-Nawawi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.