Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas'ud) RA daripada Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya kebenaran akan membawa kepada kebaikan yang akan menuju ke syurga. Sesungguhnya jika seseorang itu sentiasa berlaku benar sehingga dia akan dikenali sebagai orang yang benar. Sesungguhnya kedustaan itu akan mendorong kepada kejahatan yang akan menuju ke neraka. Sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga dia akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai seorang pendusta.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No: 6094, Muslim, No: 2607, Abu Dawud, No: 4989, al-Tirmizi, No: 1971, Ibn Majah, No: 46, Ahmad, No: 3456, al-Darimi, No: 2757)
Matan Hadith:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا
]التخريج : صحيح البخاري , كتاب الأدب , باب قول الله تعالى: يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين, وما ينهى عن الكذب , حديث رقم 6094 , عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه[
Pengajaran Hadith :
- Islam adalah agama yang menuntut kepada setiap Muslim supaya sentiasa berlaku benar dan menjauhi kedustaan dalam setiap perkara mahupun perkataan, perbuatan serta pekerjaan.
- Seseorang Muslim yang sentiasa melakukan kebenaran, maka kebaikannya akan bertambah dan dosanya akan dihapuskan, manakala dia akan lebih dekat kepada syurga. Sebaliknya bagi seseorang yang sentiasa berdusta, perbuatan tersebut akan mendorongnya kepada kejahatan malah dosanya semakin bertambah hari demi hari dan menjadi penyebab dia dimasukkan ke neraka.
- Setiap Muslim hendaklah sentiasa memelihara setiap tutur kata lisannya. Ucapkanlah hanya perkataan yang benar dan boleh mendatangkan kebaikan kerana ia akan menarik rahmat dan keampunan Allah SWT serta akan menyebabkan dirinya dikenali sebagai seorang yang benar. Ingatlah bahawa seseorang yang benar, sama sekali tidak pernah berdusta. Hindari berdusta kerana ia akan menghapuskan kebenaran.
Sumber Rujukan :
1-Kitab Sahih al-Bukhari
2- Kitab Sahih Muslim
3-Kitab Sunan Abu Dawud
4-Kitab Jami’ al-Tirmizi
5-Kitab Sunan Ibn Majah
6- Kitab Musnad Ahmad
7-Kitab Sunan al-Darimi
8-Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani
9-Kitab Syarh Sahih Muslim Lil Imam al-Nawawi
10-Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Lil Imam al-Nawawi
2- Kitab Sahih Muslim
3-Kitab Sunan Abu Dawud
4-Kitab Jami’ al-Tirmizi
5-Kitab Sunan Ibn Majah
6- Kitab Musnad Ahmad
7-Kitab Sunan al-Darimi
8-Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani
9-Kitab Syarh Sahih Muslim Lil Imam al-Nawawi
10-Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Lil Imam al-Nawawi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.