11 Cara Mudah Bersedekah Yang Semua Orang Boleh Buat
Semakin hari, semakin memberi ia semakin bertambah. Kehidupan manusia lebih indah jika ia sentiasa memberi. Tidak perlu kedekut untuk memberi sedekah kepada orang yang memerlukan. Lebih banyak memberi, lebih lagi Allah permurahkan rezekimu. .
Jom amalkan. Kami ingin kongsikan 11 tips yang kreatif untuk bersedekah iaitu :
#1 – Bagi makan kepada binatang
Contohnya kucing. Kita selalu ternampak kucing berkeliaran di kedai makan. Ketika kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing yang lalu dekat kita. Kita ambil sedikit makanan yang kita makan kemudian kita bagi sedikit kepada kucing itu. Bukannya banyak.
#2 – Letak sabun basuh tangan
Ada kebanyakan masjid yang kita pergi, macam kekurangan sabun. Toilet pula kadang² agak berbau sebab tak ada pewangi. Jadi ada baiknya kalau kita dapat belikan sabun dan juga pewangi, lepas tu letakkan di masjid yang berhampiran. InsyaaAllah ramai yang dapat guna.
#3 – Selipar untuk masjid
Kebanyakan masjid juga kekurangan selipar yang kita selalu guna untuk ambil wudhu ataupun masuk ke tandas. Apa kata kita beli beberapa selipar jepun dan letak di Masjid.
#4 – Simpan RM0.20 sehari
Kita kumpul duit syiling RM0.20 sehari. Pada hari jumaat kita dah ada Rm1.20. kita akan bawa duit syiling tadi ke masjid dan sedekahkan.
Berapa Ringgit atau sen itu tak penting. Yang penting istiqamah & keikhlasan kita dalam ibadah sedekah.
#4 – Berikan baki bayaran
Yang ini paling mudah, contoh kita beli nasi lemak harga RM2, Tapi kita bagi saja duit besar RM5, dan minta pakcik/makcik yang berniaga tu simpan saja baki bayaran. Buatlah sekali, lama lama akan jadi tabiat.
#5 – Kain pelikat & telekung
Sedekahkan kain pelikat dan telekung di surau shopping mall, surau petrol station dan masjid. Semoga dapat digunakan bersama. Katakan di masjid dekat rumah kita, dah ada banyak telekung tapi kotor, kita boleh bawa balik basuh di rumah atau hantar dobi.
#7 – Senyum
Senyum adalah suatu perkara yang sangat mudah untuk dilakukan. Kesannya sangat power. Cuba kita praktikan kepada orang-orang yang kita sayangi dengan memulakan hari dengan senyum.
#8 – Kertas & Pen
Di mana-mana majlis ilmu sama ada ceramah, tazkirah atau kuliah di masjid, biasanya mereka yang hadir tidak membawa sebarang pen dan juga buku catatan. Kita boleh beli satu kotak pen dan kertas A4 lepas tu diagihkan di dalam majlis ilmu tersebut. Kos bagi pen dan kertas bukanlah mahal, tetapi manfaatnya sangat besar, insyaaAllah.
#9 – Membaca Surah Al Fatihah
Sedekahkan Al Fatihah kepada suami/isteri, kedua-dua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yg telah meninggal dunia.
#10 – Sedekah amalan
Tiap-tiap pagi kita amalkan sedekahkan segala amalan kebaikan kita kepada kedua ibu bapa kita yang banyak berkorban untuk kita.
Tak akan habis amalan kita jika bersedekah. Allah lebih mengetahui cara untuk membalasnya.
#11 – Doakan kebaikan
Doakan yang baik-baik untuk setiap orang yang kita jumpa. Contohnya, ketika melalui di tengah jalan, tiba-tiba kita ternampak hamba Allah yang diuji dengan motor bocor. Jika ada hal yang perlu dilakukan, kita hanya berdoa supaya orang itu dipermudahkan segala urusannya.
Doa kepada orang yang dia tidak tahu itu sangat mudah untuk dimakbulkan oleh Allah.
Bersedekah yang paling baik ialah kita dapat berikan sesuatu yang orang perlukan.
“Setiap kebaikan adalah sedekah”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.