DOA NABI SAW AGAR REZEKI SENTIASA CUKUP DAN DIBERKATI
Percayalah, RM10 yang berkat anda akan rasa lebih bernilai dan mencukupi daripada RM100 yang tak berkat. Akan ada saja cara untuk RM100 itu keluar dari poket anda, mungkin dompet anda jatuh, mungkin kena saman, mungkin kena bawa anak yang sakit ke klinik. Amal doa ini dengan yakin, insyaAllah anda akan rasa lain bulan depan.
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DOA NABI SAW AGAR REZEKI CUKUP DAN DIBERKATI
Mulakan setiap pagi melangkah ke tempat kerja dengan doa berikut yg diajar Nabi SAW agar hati sentiasa tenang, jauh drp rasa gundah apatah lagi sentiasa rasa tidak cukup dengan rezeki yang diperoleh. Yang penting bukan rezeki yg banyak tapi berkat kerana dengan rezeki yg berkat hidup akan sentiasa tenang, rasa cukup dan membahagiakan.
رَبِّ قَنِّعْنِي بِمَا رَزَقْتَنِي وَبَارِكْ لِي فِيهِ , وَاخْلُفْ عَلَيَّ كُلَّ غَائِبَةٍ لِي بِخَيْرٍ
“Wahai Tuhanku cukupkanlah rezeki daripada apa yg Engkau kurniakan bagiku, dan berkatilah ia buat diriku, dan Engkau gantikanlah bagiku setiap yg hilang daripada diriku dengan sesuatu yang lebih baik”.
“Wahai Tuhanku cukupkanlah rezeki daripada apa yg Engkau kurniakan bagiku, dan berkatilah ia buat diriku, dan Engkau gantikanlah bagiku setiap yg hilang daripada diriku dengan sesuatu yang lebih baik”.
TIPS AGAR REZEKI SENTIASA BERKAT DAN HALAL
Perkara penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita peroleh tetapi sebaliknya, ada atau tidak keberkatan di dalam rezeki itu.
Rezeki melimpah-ruah tidak sama konsepnya dengan rezeki yang halal dan berkat. Ada orang mempunyai rezeki yang banyak tetapi sayangnya di dalamnya tidak terdapat unsur keberkatan.
Di dalam Islam, keberkatan rezeki yang diinginkan adalah bermaksud rezeki yang bertambah dan mengandungi kebaikan di dalamnya.
Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa cara agar rezeki menjadi lancar, berkat dan halal. Antaranya :
1. Menjauhi pekerjaan haram dan subahat
Setiap orang hendaklah taat kepada Allah SWT dan tidak melakukan dosa kerana dosa akan menutup pintu rezeki.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (riwayat at-Tirmizi).
Selain itu, dekatkanlah diri kepada Allah dengan ibadah tambahan seperti solat Dhuha dan solat Tahajud.
2. Bekerja sungguh-sungguh
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT senang melihat hamba-Nya bersusah payah (kelelahan) dalam mencari rezeki yang halal.” (riwayat Adailami)
3. Mengadu masalah rezeki hanya kepada-Nya
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa tertimpa kemiskinan, kemudian ia mengadukannya kepada sesama manusia, maka tidak akan tertutup kemiskinannya itu. Namun, siapa sahaja yang mengadukannya kepada Allah, maka Allah akan memberinya rezeki, baik segera ataupun lambat.” (riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
4. Memperbanyakkan beristighfar
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa memperbanyak istighfar, Maka Allah SWT akan menjadikan setiap kesulitan kelapangan dan setiap kesempitan jalan keluar dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak pernah disangka-sangkanya.” (riwayat Imam Ahmad)
5. Sabar dan banyak membaca LA HAWLA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH
Diriwayatkan bahawa Salim, anak laki-laki ‘Auf bin Malik al-Asyja’iy telah ditawan oleh orang musyrik. Kemudian, ‘Auf datang mengadu kesedihannya kepada Rasulullah.
Baginda SAW berkata: “Bertakwalah kepada Allah, bersabarlah dan aku anjurkan agar kamu dan isterimu memperbanyak bacaan, La hawlah wa laa quwwata illa billah.
‘Auf kembali ke rumahnya dan menyatakan suruhan Rasulullah SAW itu. Keduanya, segera melaksanakan perintah Rasulullah SAW. Akhirnya, anaknya berhasil meloloskan diri daripada musuh dan membawa ternakan kambingnya sebanyak 4,000 ekor di hadapan ayahnya. (Tafsir Qurthubi, surah al-Thalaq: 3)
6. Tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana Allah telah memberi rezeki kepada burung yang berangkat di pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya dengan perut kenyang. (riwayat Bukhari)
7. Bersedekah dan nafkahkan harta kepada yang berhak.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Ada tiga hal yang aku bersumpah kepadanya dan aku akan menyampaikan suatu berita kepadamu, maka perhatikan benar-benar: Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah dan tiadalah seseorang membuka pintu meminta-minta melainkan Allah akan membukakan kepadanya pintu kemiskinan.” (riwayat al-Tirmizi)
8. Tolong agama Allah dengan menegakkan syariat Islam
Firman Allah SWT bermaksud: Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad: 7)
Syariat Islam akan tegak dengan adanya daulah Islam. Islam sebagai jalan kehidupan tidak tegak dalam masyarakat saat ini dengan tidak sebagai wadah. Sistem perekonomian di mana umat mencari rezeki pada saat ini merupakan sistem perekonomian yang tidak mendukung mereka untuk mendapatkan rezeki yang banyak, lancar dan berkat.
Sebenarnya Allah tidak memerlukan pertolongan kerana Allah Maha Kaya. Tetapi itulah cara bagi kita untuk menolong diri kita sendiri. Marilah kita menolong agama Allah, agar rezeki kita banyak, lancar, halal dan berkat.
RELATED POSTS
Benarkah Telinga Berdenging, Panggilan Daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam? Mohon Baca Keterangan Ini, Jangan Share Selagi Belum Habis Baca!!
Admin April 30, 2018
Fadhilat dan Kelebihan Surat Al Mulk yang Amat Luar Biasa
Admin February 24, 2018
Amalan Selepas Solat Subuh Yang Dapat Menghapus 10 Kesalahan
Admin March 13, 2018
Kisah Solat Subuh Terakhir Sebelum Matinya DAJJAL LAKNATULLAH!!!
Admin June 13, 2018
Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan Dan Lihatlah Bagaimana Rezeki Mengejar Kamu
Admin July 8, 2018
10 Perkara Yang Dilarang Ketika Berada Di Bilik Mandi Atau Bilik Air
Admin December 2, 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.