Daripada Muaz RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganku akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada’ ”.
(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)
Huraian Hadith:
- Allah memberi jaminan orang-orang yang berkasih sayang akan mendapat ganjaran yang baik di akhirat kelak.
- Islam menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang sesama manusia semata-mata kerana Allah.
- Allah memberi balasan yang sama tarafnya dengan para nabi dan para syuhada’ terhadap orang-orang yang berkasih sayang kerana Allah.
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.