Jumaat, 18 Januari 2019

Kelebihan Membaca al-Qur’an

 
Daripada Abu Umamah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu semua membaca al-Qur’an, sesungguhnya al-Qur’an itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.”
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Islam sangat memandang mulia kepada orang yang alim dan pandai menguasai kandungan al-Qur’an  seperti banyak membacanya, memahami maksudnya dan megamalkan isi kandungannya, kerana ia kaan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat.
  2. Al-Qur’an merupakan kitab suci yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad SAW yang mengandungi semua aspek ilmu keduniaan dan akhirat.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)










































 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.