Jumaat, 18 Januari 2019

Kelebihan Mempelajari al-Qur'an

 
Hadith: 
 
Daripada Uthman bin Affan RA katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang paling baik lagi mulia disisi Allah Taala di antara kamu semua ialah orang yang belajar al-Qur’an kemudian dia mengajarkan kepada orang lain”.
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Orang Islam yang paling mulia dan tinggi darjatnya disisi Allah Taala ialah mereka yang mempelajari al-Qur'an dengan sebaik-baiknya kemudian mereka mengajar pula kepada orang lain.
  2. Beramal dengan isi kandungan al-Qur'an dengan sepenuhnya meliputi hukum-hukum kemudian memuliakan dengan niat ikhlas kerana Allah Taala akan mendapat ganjaran pahala di akhirat kelak.

(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.