Jumaat, 18 Januari 2019

Masa yang Paling Mustajab Untuk Berdoa

 
Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin Umar RA berkata : Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan sembahyang jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai sembahyang jumaat)).
 
 
(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Masa yang paling afdhal berdoa dan mustajab pada hari jumaat ialah ketika imam duduk di atas mimbar sehinggalah selesai sembahyang jumaat.
  2. Di antara syarat-syarat berdoa yang dimakbulkan oleh Allah ialah hati yang ikhlas, khusyu' dan tawakal kepada Allah.
 
 
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.