Jumaat, 18 Januari 2019

Bersederhana dengan Harta Benda

 
 
 
 
Daripada Abu Musa al-Asy‘ari RA katanya Aisyah RA telah menunjukkan sehelai selimut dan sehelai kain yang kasar, katanya, “Rasulullah SAW diambil nyawanya dengan memakai pakaian ini.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
Huraian Hadith :
 
  1. Islam menyuruh umatnya supaya bersederhana dengan harta benda dunia dan menggunakannya kepada perkara-perkara kebaikan sahaja.
  2. Setiap umat Islam dikehendaki supaya bersabar menghadapi kesempitan hidup kerana kesusahan itu adalah sementara dan gunakanlah peluang ini untuk memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah SWT.
  3. Setiap umat Islam hendaklah lebih mementingkan beribadah kepada Allah SWT semasa hidupnya kerana amalan-amalan itu akan memberi kebahagiaan kepadanya di akhirat.
 
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.