Jumaat, 18 Januari 2019

Sunat Menggunakan Tiga Jari ketika Makan

 
  Daripada Ka‘ab bin Malik RA katanya, “Aku melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jari, apabila selesai, Baginda menjilat jarinya.”

(Riwayat Muslim)
 
Huraian Hadith :
 
  1. Hadith ini membawa pengajaran supaya setiap orang menjauhi sebarang pembaziran.
  2. Segala makanan yang ada di celah-celah jari mempunyai keberkatan, oleh itu Rasulullah SAW melarang membasuhnya sebelum menjilat.
  3. Mengambil makanan dengan menggunakan tiga jari merupakan sunnah Rasulullah SAW dan ini untuk jenis-jenis makanan yang sesuai diambil dengan tiga jari.
 
Sumber :  Kitab Riyadhus Salihin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.