Daripada Abu Mas'ud daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Apabila seseorang memberi nafkah untuk keluarganya dengan niat mengharapkan pahala maka baginya (pahala) sedekah."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 55, Muslim, No.Hadith : 1002)
Matan hadith :
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى أَهْلِهِ يَحْتَسِبُهَا فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ.
]صحيح البخاري , كتاب الإيمان , باب: ما جاء إن الأعمال بالنية والحسبة، ولكل امرئ ما نوى , حديث رقم 55[
]صحيح مسلم , كتاب الزكاة , باب فضل النفقة والصدقة على الأقربين والزوج والأولاد، والوالدين ولو كانوا مشركين , حديث رقم 1002[

Pengajaran Hadith :
- Kewajipan memberikan nafkah kepada keluarga menjadi tanggungjawab suami. Selain suami menunaikan nafkah berbentuk material, turut dituntut untuk memberikan nafkah berbentuk ilmu akhirat kepada keluarganya.
- Setiap wang yang dinafkahkan kepada keluarga akan dikira pahala sedekah apabila seseorang itu menunaikan tanggungjawabnya semata-mata kerana Allah SWT. Hanya amalan yang dilakukan kerana Allah SWT akan diganjari pahala.
- Keutamaan memberikan nafkah kepada keluarga lebih besar ganjaran pahalanya kerana itulah kewajipan yang amat dituntut dalam Islam.
Sumber rujukan :
1. Kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim.
2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi.
2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.