Jumaat, 18 Januari 2019

Solat Sunat Yang Mengiringi Solat Jumaat

 
Daripada Ibn Umar RA, “Bahawa Nabi SAW tidak akan bersembahyang setelah selesai sembahyang jumaat sehinggalah balik ke rumahnya, kemudian Baginda sembahyang sunat dua rakaat di rumahnya”.
 
(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
Huraian Hadith: 
  1. Sunat melakukan sembahyang sunat rawatib selepas sembahyang jumaat apabila balik ke rumah, sama ada dua rakaat atau pun empat rakaat.
  2. Ketika melakukan amalan-amalan sunat yang dituntut oleh syarak janganlah pula mengganggu amalan-amalan yang wajib, sekalipun amalan-amalan itu sunat muakad yang sangat-sangat dituntut oleh Rasulullah SAW.
 
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.