Jumaat, 18 Januari 2019

Mencari Rezeki Yang Halal

 
Hadith: 
 
Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak”.
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Islam menggalakkan umatnya supaya mencari rezeki yang halal dengan hasil usaha sendiri kerana ia akan diberkati oleh Allah SWT.
  2. Sifat suka meminta-minta daripada orang lain adlaah antara sifat yang dikeji oleh Islam. Oleh itu setiap orang Islam hendaklah menjauhi daripada sifat demikian.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.