Jumaat, 18 Januari 2019

Perintah Wajib Membayar Zakat

 
Daripada Jarir bin ‘Abdillah RA katanya : Aku telah mengaku  serta berjanji kepada Nabi SAW : Bahawa aku akan tetap mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat yang baik kepada setiap orang Islam.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Huraian Hadith: 
  1. Setiap orang Islam berkewajipan memberi nasihat yang baik lagi berfaedah kepada saudaranya sesama Islam daripada masa ke semasa, lebih-lebih lagi dalam perkara yang ada kaitan dengan Islam.
  2. Orang yang sentiasa melakukan amal kebajikan dan kewajipan akan dilimpahi rahmat Allah SWT di dunia dan juga di akhirat.
  3. Islam menggalakkan setiap umatnya agar berlumba-lumba melakukan kebaikan untuk diri sendiri, ahli keluarga, masyarakat dan negara.
 
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.