Jumaat, 18 Januari 2019

Marah yang Dicela

 
Hadith: 
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya seorang lelaki berkata Nabi SAW, “Berilah pesanan kepadaku”, lalu Nabi SAW menjawab, “Janganlah engkau menjadi seorang pemarah”, orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, Nabi SAW menjawab, “Pada setiap kalinya, janganlah engkau menjadi seorang pemarah.”
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Umat Islam dituntut supaya meminta nasihat daripada orang alim untuk membentuk peribadinya. Marah yang dicela ialah marah yang bukan kerana Allah. Adapun marah kerana Allah disebabkan oleh pelanggaran hukum-hukum Allah maka marah itu adalah dituntut dan diwajibkan.
  2. Islam menghendaki seseorang itu berusaha memperbaiki dirinya dari semasa- ke semasa supaya meningkat keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
  3. Marah adalah sebahagian daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhi sifat tersebut.

(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.