Jumaat, 18 Januari 2019

Berkasih Sayang Kerana Allah

 
Daripada Muaz RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganku akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada’ ”.
 
 
(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Allah memberi jaminan orang-orang yang berkasih sayang akan mendapat ganjaran yang baik di akhirat kelak.
  2. Islam menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang sesama manusia semata-mata kerana Allah.
  3. Allah memberi balasan yang sama tarafnya dengan para nabi dan para syuhada’ terhadap orang-orang yang berkasih sayang kerana Allah.
 
 
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.