Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu makan, maka hendaklah dia menyebutkan nama Allah SWT. Jika dia terlupa untuk menyebut nama Allah SWT pada awalnya, hendaklah dia mengucapkan: بِسْمِ اللّٰهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ (Dengan nama Allah pada setiap permulaannya dan pengakhirannya)." (Hadith riwayat Abu Dawud, No. Hadith : 3767, At-Tirmizi, No. Hadith : 1858, Abu ‘Isa berkata : Hadith ini adalah hassan sahih).
Matan Hadith :
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهَاأَنَّ رَسُولَ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرْ اسْمَ اللّٰهِ تَعَالَى فَإِنْ نَسِيَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللّٰهِ تَعَالَى فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللّٰهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ.
]سنن أبي داود, كتاب الأطعمة , باب التسمية على الطعام, حديث رقم 3767[
]سنن الترمذي, كتاب الأطعمة , باب التسمية على الطعام, حديث رقم 1858, قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ[
Pengajaran Hadith :
- Setiap Muslim adalah disunnahkan memulai setiap perbuatan dengan membaca ‘Bismillah’ terutama pada waktu makan dan minum kerana mengambil keberkatan memulai sesuatu perkara dengan nama Allah SWT. Bahkan disunatkan membacanya dengan suara yang kuat (bertujuan mendengarkan dan mengingatkan orang lain juga untuk membacanya).
- Jika seseorang meninggalkan bacaan ‘Bismillah’ di permulaan pada waktu makan dan minum kerana sengaja atau lupa atau dipaksa atau tidak mampu mengucapkannya kerana suatu alasan, lalu dia mampu mengucapkan di pertengahan waktu makan, maka hendaklah dia mengucapkan : بِسْمِ اللّٰهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ(Dengan nama Allah pada setiap permulaannya dan pengakhirannya)."
- Apabila dimulai makan dan minum dengan menyebut nama Allah SWT maka syaitan tidak dapat makan bersama pada hidangan tersebut.
Sumber rujukan :
1- Kitab Sunan Abu Dawud dan Jami’e At-Tirmizi
2- Kitab Sahih Muslim Bisyarh an-Nawawi
3- Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi
2- Kitab Sahih Muslim Bisyarh an-Nawawi
3- Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.